BBBmix are available at wholesale prices. FREE POSTAGE West Malaysia! Shop Now

5 Helah Untuk Membuat Ruang Bagi Dapur Kecil

Dapur merupakan tempat favourite bagi kaum ibu. Mereka biasanya meghabiskan banyak masa di dapur untuk menyediakan hidangan bagi seisi keluarga. Justeru, dapur yang kemas, banyak ruang dan tersusun merupakan antara elemen penting yang dititik beratkan oleh setiap para ibu sebelum mereka beraksi di dapur. Jom kita tengok 5 helah yang boleh diguna pakai untuk menghasilkan ruang bagi dapur yang kecil. Ini adalah antara idea terbaik untuk para ibu menggunakan setiap inci ruang dapur anda dengan lebih efisyen.


Pemasangan kitchen rail di dinding

rail.jpg

Ruang kosong di dinding dapur dapat dimanfaat sepenuhnya melalui pemasangan kitchen rail. Rail yang digunakan mestilah dari jenis yang tahan karat dan mesra bajet. Ibu- ibu boleh mencuba mengaplikasikan sistem rail ini, yang membolehkan kita menggantung utensil dapur seperti sudip, gunting, pisau, papan pemotong dan sebagainya. Tidak lagi perlukan laci sebagai tempat penyimpanan.  Dengan cara ini, penggunaan ruang dapur dapat dihadkan dan menjadikan navigasi dapur lebih mudah dijangkau. 


Manfaatkan ruang di sekitar peti sejuk

cabinet.jpg

Sekiranya dapur anda mempunyai ruang antara peti sejuk dan dinding, anda boleh membuat dan menghasilkan kabinet secara DIY. Kabinet ini sangat sesuai untuk menyimpan keperluan dan alatan dapur yang berkaca seperti pinggan, mangkuk cawan dan sebagainya. Barang runcit dapur yang tahan lama serta tidak mudah rosak juga boleh disimpan didalamnya. Antaranya, seperti tin sardine, botol kicap, minyak, sos cili, paket maggi, biskut, dan juga tepung kek.


blog-ads-3.jpg


Menggunakan meja lipat sebagai ruang kaunter (counter space)

meja-lipat.jpg

Cara ini merupakan cara yang sangat mudah dan senang untuk menjimatkan ruang tanpa membina sebuah ruang kaunter yang besar dan memakan ruang dapur kecil anda. Meja lipat dapat menggantikan ruang kaunter untuk penyediaan bahan bahan sebelum memasak tanpa mengambil ruang lantai yang banyak. Selain harganya yang jauh lebih murah dari membina counter space, ia juga boleh disimpan atau dilipat apabila tidak digunakan.


Manfaatkan ruang sudut dapur

shelf.jpg

Ruang sudut biasanya kurang digunakan di kebanyakkan rumah. Tetapi, apabila ruang dapur kita agak kecil, kita dapat megolah setiap inci ruang yang berada di dapur kita dengan meletakkan para di sudut berkenaan. Cara ini dilihat lebih efektif, dan dapat menjimatkan ruang dapur kecil anda.


Sediakan sebuah bilik penyimpanan keperluan dapur

storage.jpg

Sekiranya tidak ada cukup ruang di dapur kecil anda untuk membuat penyimpanan yang anda inginkan, pertimbangkan untuk menggunakan sudut atau almari di bilik berdekatan dengan dapur anda. Bilik tersebut boleh digunakan untuk menyimpan peralatan dapur atau barangan dapur yang tidak mudah rosak serta tahan lama.


Membantu tak helah ni? Anda boleh cuba dan aplikasikan di dapur rumah anda!





Older post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.