BBBmix are available at wholesale prices. FREE POSTAGE West Malaysia! Shop Now

5 Cara Mudah Anak Faham Matematik Tanpa Sedar

Matematik adalah satu subjek yang best kalau kita dapat kuasai. Kalau nak ajar anak kecil kita belajar matematik kene ada caranya. Jika kita suruh mereka duduk belajar dan mengahafal memang liatlah anak kita nak buat. Sebab umur mereka ni masih aktif lagi mahu bermain. Tapi kalau dengan cara yang betul dan menyeronokkan, kita dapat menarik minat anak kita untuk belajar matematik. So, harini saya nak share 5 cara mudah untuk anak-anak kita, faham matematik tanpa sedar.

1. Kertas dan kraftangan

1.jpg

Cara yang paling mudah dan sesuai untuk menarik minat anak kecil kita untuk belajar matematik adalah dengan menggunakan seni. Kraftangan dan seni ni memang anak-anak kita sangat suka. Sebab si kecil ni suka kalau kita bagi dia color untuk dibuat main and sticker untuk diorang tampal-tampal. 

Bagi cara ni, mommies perlu sediakan kertas yang dah dilukis/ print dengan character kesukaan anak kecil kita. Minta mereka color dan tampal sticker diatas character tersebut. Kemudian minta mereka kira berapa bilangan sticker yang mereka tampal dan tuliskan nombor tersebut.

2. Tampal nombor di lantai rumah

2.jpg

Jika mommies seorang yang sempoi dan tidak kisah untuk conteng/ tampal sedikit lantai rumah anda, mommies boleh cuba cara ni. Mommies perlu tampal nombor pada lantai dan buatkannya seolah-olah mainan ting-ting. Biarkan anak anda melompat-lompat sambil menyebut nombor yang dipijaknya. Dalam waktu yang sama, anak dapat bermain dengan gembira sambil belajar matematik dan dapat mengenal nombor baharu

3. Menggunakan snek kegemaran si kecil

3.jpg

Cara yang seterusnya juga mudah untuk dicuba dirumah. Ambil sebatang pen dan sehelai kertas, kemudian lukis satu bentuk dan label nombor.

Kemudian, minta mereka susun snek kecil kegemarannya pada kertas tersebut. Mommies juga boleh minta si kecil untuk menyebut nombor dengan suara yang kuat sambil meletakkan snek kegemarannya. Dengan cara ini, ia dapat membantu si kecil mengingatinya dengan lebih baik. Kalau mereka kira dengan betul, boleh bagi si kecil makan snek yang dikira betul tadi.

Kalau anak-anak sukakan kek, kita boleh minta si kecil kira berapa potongan kek. Kalau dah makan kek tersebut, tinggal lagi berapa potongan kek. Sambil mengira tambah dan tolak sambil tu kita makan.

Seronokkan!

Webp.net-compress-image.jpg


4. Menggunakan alat muzik

4.jpg

Si kecil anda juga boleh belajar matematik sambil bermain muzik dengan cara yang menyeronokkan.
Jika mommies mempunya sebuah piano dirumah, mommies boleh tampal nombor pada setiap kekunci piano. Anak anda boleh bermain piano dengan menekan kekunci piano seberapa banyak kali nombor yang tertera pada kekunci tersebut.

Kalau tiada alat muzik dirumah jangan risau! Kita boleh DIY alat muzik kita sendiri. Sebagai contoh, mommies boleh membuat gitar dengan menggunakan kotak tisu dan gegelung getah dalam saiz yang berbeza. Gegelung getah yang berbeza saiz dapat membuat bunyi yang berbeza. Ikat gegelung getah pada kotak tisu untuk mendapatkan bentuk seperti string pada gitar. Tuliskan nombor pada tepi kotak di setiap getah. Anak-anak boleh bermain gitar tersebut mengikut jumlah nombor yang ditulis.

Sambil mengira, anak kita juga boleh mengarang lagu!

5. Permainan menggunakan dadu

5.jpg

Cara yang ni pun best jugak sebab mommies boleh main sekali dengan anak-anak. Board games seperti snakes and ladders dapat mengajar anak kita mengira. Ketika anak anda membaling dadu, minta dia mengira jumlah dot pada dadu dan menggerakkan dam mengikut jumlah yang dikira tadi. Sambil menggerakkan dam, sambil itu anak kita akan mengira. Secara tidak langsung dia belajar mengira.

              

               Mahir matematik dapat mencipta memori terindah

Matematik juga boleh dapat mencipta memori yang menggembirakan hanya dengan sedikit luangan masa kita sebagai ibu bapa dan penambahan kreativiti. Anak-anak kita pasti merasakan matematik tu sangat seronok. Secara psikologi, pembelajaran secara interaktif dan visual sangat membatu anak kecil memahami sesuatu perkara dengan cepat.

Apa lagi mommies? Jom kita praktikkan dirumah pada hujung minggu dengan anak-anak!



Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.