
Ramai mommies kat luar sana yang teringin nak buat kek yang lawa dengan frosting yang hebat. Lama cari resepi, tapi tak jumpa-jumpa resepi frosting yang dapat menarik hati dan kurang manis. Its okay! Sekarang BBB akan share resepi frosting yang kurang manis, tak rasa bergula & sumpah sedap!
Dah ada resepi ni boleh la cuba buat kek lawa-lawa untuk majlis hari jadi anak atau apa-apa majlis nanti. Kalau buat kek ni kita kena tahu mana satu frosting yang sesuai. Baru sedap makan. Jom kita selam sama-sama resepi frosting ni.
Chocolate Ganache
Ini antara yang favourite di BBB. Setiap minggu wajib berkawah-kawah kita buat.
Kebaikkan:
- Sedapp! Sumpah Sedap!
- Cara buat pun mudah.
- Tahan cuaca Malaysia.
- Boleh simpan lama dalam fridge.
Kekurangan:
- Kos agak tinggi.
Bahan-bahan:
- Dark Chocolate (compound boleh, apa-apa dark chocolate atau chocolate masakan pun boleh)
- Dairy Whipping Cream.
Nisbah Dark Chocolate dan Whipping Cream adalah 3:2
Contoh: Kalau Dark Chocolate 300 gram, whipping cream 200gram.
Cara-cara:
- Secara double boil, cairkan kedua-dua bahan sampai tiada ketul.
ATAU
- Secara microwave, panaskan selama 30 saat dan kacau. Sambung step ni sampai tak ada ketul langsung.
Handling tips:
- Masa panas, dia mmg cair. Jangan risau k, biarkan dia sejuk, dia akan memekat seperti kepekatan Peanut butter. Bila dah pekat boleh frost cake dan pipe ikut keperluan.
- Kalau dah simpan dalam fridge, kene keluarkan awal sebelum nak guna supaya dia lembut semula.
Sesuai untuk:
- Kek Chocolate
- Kek Mentega
- Brownies
Cream Cheese Frosting
Ini pun favourite ramai. Ada banyak version di luar sana tapi kami dah bertahun-tahun pakai resepi ni. Masih yang terbaik!
Kebaikan:
- Sedap! Sumpah Sedap!
- Agak stabil untuk cuaca Malaysia. Tak manja sangat.
- Cara Penyediaan yang agak mudah.
Kekurangan:
- Kurang tahan lama.
- Kos yg boleh tahan tinggi.
Bahan-bahan:
- 600g Cream Cheese / Krim keju (dibiarkan lembut)
- 250g Mentega (dibiarkan lembut)
- 185g Icing Sugar (ayak)
Cara-cara:
- Campurkan kesemua dlm dan pukul hingga semuanya bersatu. Jgn terlebih pukul
Sesuai untuk:
- Red Velvet.
- Rainbow cake
- Lemon Cake
Swiss Meringue Buttercream
Ini sebenarnya paling favourite! Rasa dia lemak-lemak butter gitu. Memang boleh rasa nikmat pure butter dalam krim ni. Ini pun wajib berkawah-kawah buat di BBB setiap minggu. Customer selalu puji krim ni. Tak terlalu manis & cukup lemak berkrim!
Kebaikan:
- Sangat sedap!! Sumpah Sedap!
- Tahan cuaca Malaysia.
- Boleh simpan dan tahan lama dalam fridge.
- Selamat untuk perempuan mengandung dan kanak-kanak.
Kekurangan:
- Mahal. Kos yang sangat tinggi!
- Penyediaan yang hazab.
Bahan Bahan:
- 4 biji telur putih
- 370g mentega sejuk yang didadukan (Pure butter ya, buttercup tak main tau, frosting ni memang sedap kalau guna bahan premium)
- 100 caster sugar
- Sedikit vanilla extract
Cara-cara:
- Satukan telur dengan gula. Letak atas double boil.
- Kacau dengan whisk sepanjang double boil. Kacau sehingga adunan agak panas and tiasa lagi kesan gula. (rasa dengan jari)
- Alih dari double boil dan terus pukul dengan mixer sehingga mangkuk mixer sejuk.
- Masukkan Butter sejuk dan pukul laju sehingga creamy. Selagi belum creamy, teruskan pukulan.
- Campur vanilla secukup rasa.
- Siap untuk digunakan. Panjang ceritakan nak buat ni, Tapi memang berbaloi-baloi! Kalau nak kek status #sumpahsedap, memang kene rajin lebih sikit ya.
Sesuai untuk:
- Kek pandan
- Kek Victoria Sandwich
- Menulis atas kek
- Hiasan kek
Krimwell Frosting
Masa awal-awal belajar buat kek dulu memang BBB gunakan frosting ni. Sebabnya masa tu memang newbie sangat. Apa yang cikgu ajar, yang tu lah yang kita follow bulat-bulat. Sekarang BBB dah tak gunakan frosting ni langsung. Tapi untuk newbie atau acah-acah baker, saya recommend cuba practice dulu dengan krim ni.
Kebaikkan:
- Murah!
- Senang handle untuk newbies.
- Sangat stable untuk cuaca Malaysia, tak mudah cair .
Kekurangan:
- Bahan utamanya adalah lemak sayuran. Tiada langsung bahan dairy dalam ni.
- Rasa okay-okay je. Kurang sedap berbanding dengan option yang tersenarai di sini (Pada tekak saya la)
Bahan-bahan:
- Krimwell (boleh beli dekat kedai jual bahan bakeri)
- Icing Sugar (ayak)
Nisbahnya Krimwell: Icing Sugar (2:1)
Contoh: Krimwell 500g, Icing Sugar 250g
Cara-cara:
- Satukan dan pukul dengan mixer atau handmixer sampai kembang.
- Siap untuk digunakan.
Sesuai untuk:
- Kek Mentega
- Hiasan kek
Hazelnut Creamy Frosting
Resipi yang mudah, dan hasilnya macam makan ice cream!
Faedah:
- Sangat mudah
- Sedap!! Sumpah Sedap!
- Tahan cuaca Malaysia
Kekurangan:
- Kos agak tinggi.
Bahan-bahan:
- 300g Non-dairy whipping cream (boleh cari jenama Rich Gold)
- 2 sudu besar Hazelnut Spread (boleh adjust ikut rasa sendiri)
Cara-cara:
- Pukul Whipping cream sejuk sehingga kembang
- Campurkan dengan hazelnut spread dan pukul sehingga sebati.
Sesuai untuk:
- Chocolate cake
- Brownies
- Pavlova
Semoga apa yang di kongsi bermanfaat untuk yang nak mencuba. Kita belajar sama-sama ok.Kalau pergi kelas kat luar nak belajar ni dah memang sah la mahal. Follow je resepi ni InsyaAllah sedap frosting tu nanti. Selamat mencuba!