Cart 0

WhatsApp Image 2019-10-07 at 6.05.29 PM.jpeg

Hi mommies! Ok harini akak nak share recipe Red Velvet Cheezy Leleh Kukus. Haa selalunya kita bagi recipes kek bakar pakai oven kan? Kali ni lain sikit, kita buat kek kukus. Cara mudah, rasa sedap!

RED VELVET CHEEZY LELEH

Bahan-bahan yang diperlukan:

RED VELVET

  1. 1 PEK kotak BBBmix Red Velvet
  2. 2  biji telur Saiz A
  3. 1 cawan Minyak Sayuran
  4. 1 cawan Buttermilk
  5. 1 sudu teh Vanilla Essence/Extract
  6. 1 sudu besar Cuka
  7. 1/2 cawan Air Panas

CREAM CHEESE LELEH

  1. 250 gram cream cheese
  2. 1/4 cawan susu cair
  3. 1/4 cawan non-dairy whipping cream
  4. 1/2 cawan susu pekat
  5. 1 sudu besar lemon jus

BAHAN TAMBAHAN

  1. 470ml Round Food Container (Akak beli dekat Mydin je)

====================
Cara-caranya :

RED VELVET KUKUS

  1. Sediakan Red Velvet mengikut cara-cara di kotak.
  2. Masukkan adunan kek kedalam food container. Isi sampai separuh bekas je ye.
  3. Panaskan pengukus.
  4. Tutupkan bekas dengan aluminium foil untuk mengelakkkan kek kukus tadi kene wap air.
  5. Susun cantik-cantik bekas yang berisi adunan kek tadi ke dalam pengukus.
  6. Kukus selama 40-50 minit.

CREAM CHEESE LELEH

  1. Masukkan 250g cream cheese ke dalam mangkuk.
  2. Putarkan dengan hand mixer sampai cream cheese tu kembang.
  3. Masukkan 1/ 4 cawan non-dairy whipping cream.
  4. Kemudian, masukkan 1/2 cawan susu pekat.
  5. Masukkan 1/4 cawan susu cair.
  6. Pukul semua bahan samapai dia kembang dan sebati.
  7. Kalau rasa kurang manis boleh tambah susu pekat.
  8. Masukkan 1 sudu besar lemon jus.
  9. Sebatikan semua bahan.

CARA PENYEDIAAN

  1. Potong Red Velve tadi bahagi kepada dua.
  2. Masukkan separuh kek tadi dalam food container semula.
  3. Letakkan cream cheese leleh atas kek, kemudian tindankan dengan kek red velvet yang separuh lagi tu tadi.
  4. Letakkan lagi cream cheese dekat atas kek red velvet kukus tadi tu.
  5. Ratakan cheese tu tadi sampai dia meleleh-leleh.

Dah siap! Now dah boleh enjoy makan Red Velvet Cheezy Leleh Kukus ni! Yang Penting gunalah BBBmix. Sumpah Senang! Sumpah Sedap!

Selamat Mencuba.

Boleh tengok video baking tutorial ni jugak.