Cart 0

WhatsApp Image 2019-11-14 at 5.48.23 PM.jpeg

Hi mommies! Siapa kat sini suka kek klasik ni? Lembut dan gebu vanilla kek sponge penuh dengan buttercream dan jam buah-buahan! Ya Allah nikmatnya. Ok taknak membebel banyak, jom kita tengok bahan-bahan dan cara yang mudah dan sedap untuk buat kek ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:

VICTORIA SANDWICH CAKE:

  1. 300g butter
  2. 220g gula custor
  3. 1 sudu besar vanilla extract
  4. 5 biji telur saiz A
  5. 250g tepung penaik
  6. 2 1/2 sudu teh baking powder
  7. 1 sudu besar sirap
  8. 2 1/2 whipping cream

BAHAN TOPPING & HIASAN:

  1. Raspberry jam
  2. Buah strawberry
  3. Buah blueberry
  4. 100g Non-Dairy whipping cream
  5. Icing sugar

====================

Cara-caranya :

VICTORIA SANDWICH CAKE:

  1. Masukkan butter, castor sugar dan vanilla extract ke dalam magkuk pengadun kemudian pukul sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit kedalam adunan yang telah dipukul.
  3. Masukkan tepung diselang-selikan dengan sirap dan whipping cream. (proses: tepung - sirap - tepung - whipping cream - tepung)
  4. Gaul sampai sebati.
  5. Tuang kedalam pan 8" bulat (bahagikan kepada 2 pan)
  6. Panaskan oven dengan suhu 180°C 
  7. Bakar kek selama 20 minit hingga 30 minit.

TOPPING & HIASAN:

  1. Putar non-dairy whipping cream sampai kembang lebih dalam 10 minit.
  2. Sapukan jam raspberry keatas kek (1) yang dah siap bakar.
  3. letak cream atas jam raspberry
  4. Tindihkan kek (2) ketas sapuan whipping cream dan jam tadi.
  5. Hias buah ikut creativity diatas kek.
  6. Sift icing sugar keatas kek untuk mendapat efek salji. Kasi wow gitu.

Dah siap! Boleh snap gambar kek cantik ni dan post dekat social media. Tag sekali our instagram @brownbutterbakes . Tak sabar nak tengok hasil u guys!

====================

Happy Baking!