Cart 0

IMG_5093.JPG

Hi mommies! Resepi baru untuk Butter Scones minggu ni adalah, Rosemary dan Cheese Butter Scones. So minggu ni kita nak share resipi Butter Scones. Taknak membebel banyak-banyak, jom kita terus lompat ke resepi!

Bahan-bahan yang diperlukan:

BUTTER SCONES:

  1. 1 PEK kotak BBBmix Butter Scones
  2. 5 sudu besar Mentega Sejuk
  3. 1 cawan Whipping Cream Sejuk

BAHAN TAMBAHAN:

  1. 1/2 cawan shredded cheddar cheese
  2. 1 sudu besar chopped rosemary

====================

Cara-caranya :

  1. Campurkan tepung BBBmix di dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan mentega dan ramas bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. 
  3. Kemudian tuangkan whipping cream. gaulkan dengan spatula sehingga agak sebati. Sambung uli adunan dengan menggunakan tangan.
  4. Masukkan bahan tambahan shredded cheddar cheese dan chopped rosemary kedalam adunan. Gaul sehingga sebati.
  5. Bentukkan adunan menjadi 1 bola besar. Bahagikan kepada 4 bahagian.
  6. Ulangi langkah yang sama untuk setiap bahagian bagi mencapai 16 bebola.
  7. Susun bebola Scones di atas loyang yang dialas kertas baking. Jarakkan.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk sementara kita tunggu oven panas.
  9. Panaskan oven pada suhu 220°C . Bakar selama 12-15 minit sehingga keperangan atau bahagian bawah scones tidak melekat pada kertas baking.

Dah siap pun Rosemary & Cheese Butter Scones kita and boleh dihidang!

====================

Tips!

Butter Scones boleh dibakar menggunakan Air Fryer. Cara dia sama je, cuma setting pada Air Fryer tu boleh tetapkan suhu pada 180°C  selama 10-12 minit.

Happy Baking!

Boleh tengok video baking tutorial ni jugak.